Allah Duduk Atas Arasy adalah Fahaman Mujassimah

Allah Duduk Atas Arasy adalah Fahaman Mujassimah

[ALLAH DUDUK ATAS ARASY ADALAH FAHAMAN MUJASSIMAH]

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG) telah membahaskan secara ringkas perkara ini dalam buku terbitan ARG "ALLAH ISTIWA' ATAS ARASY: MEMBEDAH AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH & SALAFI WAHABI".

1. Wahabi di nusantara masih degil dan keras kepala mengatakan Allah 'duduk' di atas arasy dan segelintir begitu bermati-matian mempertahankannya.  Walhal, Akidah tajsim seperti ini dibantah oleh sebahagian ulama salafi wahabi sendiri di arab.

2. Ulama Salafi Wahabi muhaqqiq kitab as-Sunnah yang dinisbahkan kepada Imam Abdullah bin Ahmad bin Hanbal. Ketika mengkritik riwayat yang menyebutkan bahawa istawa adalah duduk, berkata:

أمَّا القَولُ بأنَّ الإسْتِوَاءَ لاَ يَكُون إلا بِجُلُوْسٍ فَلَيْسَ هَذا مِنْ مَذْهَبِ السَّلَفِ بَل مَذْهَبُ السَّلَفُ بِخِلاَفِه .. وَمِنْ هُنَا نَقُولُ إنَّ هَذِهِ العِبَارَةَ أقْرَبُ إلَى التَّجْسِيْمِ وَتَشْبِيْهِ الخَالِقِ بِالمَخْلُوقِ

“Ada pun pendapat bahawa istiwa’ tiada lain bermakna julus, maka ini bukan mazhab salaf, bahkan mazhab salaf menyelisihi itu. Dengan ini kami katakan, ucapan seperti itu lebih dekat kepada TAJSIM dan menyerupakan Allah al-Khaliq dengan makhluk” (Hamisy kitab as-Sunnah, juz I, hlm. 106)

3. Imam al-Qarafi al-Maliki berkata: 

ومَعْنَى قَوْلِ مَالِكٍ الاسْتِوَاءُ غَيْرُ مَجْهُوْلٍ أنّ عُقُوْلَنَا دَلَّتْنَا على الاسْتِوَاءِ اللَّائِقِ باللهِ وجَلَالِه وعَظَمَتِه وهو الاسْتِيْلَاءُ دُوْنَ الجُلُوْسِ ونَحْوِه مِمَّا لا يَكُوْنُ إلاَّ في الأَجْسَامِ. 

 “Makna ucapan Imam Malik “Istiwa tidak majhul” adalah bahawasannya akal menunjukkan kepada kita tentang istiwa’ yang patut bagi Allah, keagungan-Nya dan juga kebesaran-Nya, iaitu istila’, bukan duduk dan sepadannya dari perkara yang tiada lain kecuali dalam jisim” (Adz-Dzakhirah, juz XIII, hlm. 242).

4. Imam Abul Hasan al-Asy’ari berkata:

قَالَتِ المُعْتَزِلَةُ النُّزُوْلُ نُزُوْلُ بَعْضِ آيَاتِه ومَلَائِكَتِه والإسْتِوَاءُ بمَعْنَى الإسْتِيْلَاءِ وقَالَتِ المُشَبِّهَةُ والحَشَوِيَّةُ النُّزُوْلُ نُزُوْلُ ذَاتِهِ بحَرَكَةٍ وانْتِقَالٍ مِنْ مَكَانٍ إلى مَكانٍ والإسْتِوَاءُ جُلُوْسٌ عَلَى العَرْشِ وحُلُوْلٌ فيه فسَلَكَ رَضِيَ اللهُ عنه طَرِيْقَةً بينهما فقَالَ النُّزُوْلُ صِفَةٌ مِنْ صِفَاتِه 

 “Muktazilah berkata: “Nuzul adalah turunnya sebahagian ayat-ayat Allah dan malaikat-Nya. Dan istiwa’ bermakna istila’ (menguasai)”. Kaum musyabbihah dan Hasyawiyah berkata: “Nuzul adalah nuzulnya Dzat Allah dengan gerakan dan berpindah dari tempat satu ke tempat yang lain. Istiwa’ adalah duduk atas arasy dan masuk kedalamnya”. Maka Abul Hasan al-Asy’ari mengambil jalan tengah antara keduanya, dan berkata: “nuzul adalah sifat dari sifat-sifatnya Allah” (Tabyin Kidzb al-Muftari, Li Ibn Asakir, hlm. 150)  

Unit Penyelidikan 

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)

Untuk membeli buku ini sila hubungi www.wasap.my/60136633004

Sumber FB : Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group - ARG

2 Maret 2022 pukul 16.29  · 

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Allah Duduk Atas Arasy adalah Fahaman Mujassimah - Kajian Ulama". Semoga Allah senantiasa memberikan hidayah dan Taufiq Nya untuk kita semua. aamiin. by Kajian Ulama Aswaja ®