Iman Menurut Salaf dan Asy’ariyah

Iman Menurut Salaf dan Asy’ariyah

“IMAN MENURUT SALAF DAN ASY’ARIYAH?”

Disediakan oleh : Bahagian Dakwah PINTAR Melaka

Kredit : Kiyai Nur Hidayat Muhammad

Definisi iman menurut ulama salaf dan ahli hadith adalah sepertimana dikatakan oleh Imam Abu Uthman ash-Shabuni dalam "Aqidah as-Salaf wa Ashhab al-Hadith" (mukasurat 264) berikut:

ومن مذهب اهل الحديث أن الايمان قول وعمل ومعرفة 

"Dan diantara mazhab ahli hadith bahawa iman adalah ucapan, perbuatan dan ma'rifah (dalam hati)"

Ramai puak-puak Wahabi yang salah faham bahawa Asy'ariyah dalam mendefinisikan iman berbeza dengan ulama salaf atau ahli hadith. Tuduhan itu muncul kerana ketidaktahuan mereka dalam memahami hakikat atau definisi iman menurut salaf, ahli hadith, dan Asy'ariyah.

Asy'ariyah menyatakan, definisi iman adalah membenarkan (tashdiq) dalam hati terhadap apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah shallallu 'alaihi wasallam. Definisi ini selari dengan definisi ulama ahli hadith.

Imam an-Nawawi dalam "Syarah Shahih Muslim" (I/102) yang menukil daripada Imam al-Khaththabi berkata:

أصل الإيمان التصديق وأصل الإسلام الاستسلام والانقياد

"Asal iman adalah membenarkan, dan asal Islam adalah pasrah dan tunduk".

Syaikh Ghaith bin Abdillah al-Ghalibi dalam kitab "Durar al-Alfazh al-Awali" (mukasurat 149) menukil ucapan Imam Nashr al-Marwazi dalam "Ta'zhim Qadr ash-Shalat" (mukasurat 521):

قال محمد بن نصر المروزي  وهو يحكي أقوال أصحاب الحديث ـ: الأصل التصديق بالله والخضوع له بإعطاء العزم للأداء بما أمربه ومجانباً للاستنكاف والاستكبار والمعاندة

"Muhammad bin Nashr al-Marwazi, dia mengkisahkan pendapat-pendapat ahli hadith, berkata: "Asal iman adalah membenarkan Allah serta pasrah kepada-Nya dengan menyerahkan kemantapan untuk melaksanakan perintah dan menjauhi derhaka, sombong serta membantah". 

Sedangkan "amal" anggota badan, iaitu dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya adalah syarat kesempurnaan iman, bukan juzu' daripada iman. Kerana jika amal adalah juzu’ daripada iman, maka yang tidak melaksanakan perintah dan menjauhi larangan, termasuk orang yang baru masuk Islam dan meninggal secara langsung serta belum sempat beramal sama sekali, maka mereka tidak dikira sebagai orang yang beriman. Ini bercanggah dengan pemahaman ulama’. Jika betul amal adalah juzu’ daripada iman, maka yang boleh dikira sebagai orang mukmin hanya nabi sahaja, kerana selain nabi tidak ada yang terbebas daripada dosa (melanggar aturan Allah). 

Selain itu, iman adalah syarat amalnya diterima Allah. Itu pertanda bahawa antara syarat (iman) dan masyruth (amal) ada perbezaan dan bukan satu kesatuan.  

Al-Hafizh Ibn Hajar dalam "Fath al-Bari" (I/46) berkata:

فالسلف قالوا هو اعتقاد بالقلب ،ونطق باللسان ، وعمل بالأركان . وأرادوا بذلك أن الأعمال شرط في كماله . ومن هنا نشأ لهم القول بالزيادة والنقصان

"Salaf berkata: "Iman adalah keyakinan dalam hati, mengucapkan dengan lisan, dan mengamalkan dengan anggota badan. Maksud mereka, amal adalah syarat kesempurnaan iman. Dan dari sini muncul ungkapan boleh bertambah dan berkurang".

Adapun ikrar atau mengucapkan dengan lisan atau tashdiq (membenarkan) melalui lisan adalah syarat daripada iman menurut Asy'ariyah. Maknanya, jika seseorang tidak mengucapkan dua kalimat syahadat, maka dia tidak boleh dihukumi sebagai orang yang beriman, meskipun hatinya membenarkan terhadap ajaran agama. Itu sama sekali tidak bermanfaat untuk akhiratnya. Dengan begitu, supaya dia dihukumi beriman dan Islam, maka dia juga mesti mengucapkan dua kalimat syahadat sebagai pertanda keimanan dalam hatinya.

Kesimpulannya, iman adalah membenarkan ajaran Nabi dalam hati dengan sepenuhnya. Amal perbuatan merupakan syarat kesempurnaan iman. Mengucapkan syahadatain merupakan syarat agar diakui sebagai seorang yang beriman. Akidah Asy’ariyah tentang iman tidak bercanggah dengan salaf atau ahli hadith, tetapi puak-puak Wahabi yang tidak dapat memahaminya.

والله أعلم بالصواب

📢 

Pertanyaan dan sumbangan:

0172868841 (Ust Zulhilmi)

Sumber FB : AlBasir Rauhani bersama Tip Terapi Islamik Pintar dan 2 lainnya.

22 Februari 2022 pada 09.45  · 

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Iman Menurut Salaf dan Asy’ariyah - Kajian Ulama". Semoga Allah senantiasa memberikan hidayah dan Taufiq Nya untuk kita semua. aamiin. by Kajian Ulama Aswaja ®