Amalan Sunnah Rasulullah SAW

Amalan Sunnah Rasulullah SAW

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH ﷺ‏

بِسْــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِـــــيْـــــمِ

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

1. PANDANGAN MATA.

Pandangan mata adalah anak panah iblis.

Lihat bukan muhrim sekali saja.

Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari.

Tiada khusyuk.

2. MAKAN GARAM.

Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan.

Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN.

Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan.

Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESA'AT DI JALAN ALLAH.

Sesa'at berdiri di jalan Allah lebih baik dari sholat di depan Hajarul Aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat."

5. LANGKAH KANAN*

Masuk Masjid kaki kanan, keluar kaki kiri.

Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri.

Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI.

Nabi ﷺ makan kurma dengan 3 jari iaitu jari ibu, telunjuk dan tengah.

Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH.

3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke Masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU.

Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL.

Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN.

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI.

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU.

Panjang lengan baju Rasulullah ﷺ adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN.

Pakaian kesukaan Rasulullah ﷺ adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK.

Jika didahului dengan bersiwak (bersugi),satu kali anda bertasbih, maka Allah hitung 70 kali bertasbih.

Jika bersolat akan dihitung 70 kali sholat.

15. DO'A DALAM SUJUD.

Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan do'a di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS.

Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN.

Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.

Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG.

3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah سبحا نه و تعالى pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI.

Memakai minyak wangi adalah sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersholat, ke Masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDHU SEBELUM TIDUR.

Gosok gigi dan ambil wudhu sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK.

Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala sunnah berterusan selama memakainya.

22. SHOLAT FARDHU DI MASJID.

Nabi ﷺ tidak pernah sholat fardhu di rumah.

Setiap langkah kanan ke Masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK.

Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.

Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN.

Panjang pakaian, jubah atau seluar seorang Muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali.

25. SOHLAT FARDHU BERJEMA'AH.

Sholat fardhu berjema'ah di Masjid dibayar 27 kali lipat dari sholat sendirian di rumah.

Jika anda waras dan sempurna akal, dimanakah anda akan sholat?

26. MENGUAP.

Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT.

Memotong misai dan menyimpan janggut.

Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR.

Jangan menghadap/membelakang Kiblat ketika buang air kecil/besar. Dibolehkan bila dalam bangunan,itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH.

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah ﷺ menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR.

Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN.

Lepas makan nasi jangan terus minum.

Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR.

Tidur sebentar sebelum zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk sholat zohor.

33. BERDIRI HORMAT.

Rasulullah ﷺ membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu Majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA.

Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu/Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN.

Rasulullah ﷺ suka memberi makan atau makan bersama orang miskin.

Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH.

Rasulullah ﷺ membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK.

Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH.

Ketawa Rasulullah ﷺ hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH.

Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah ﷺ adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG.

Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3 kali kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM.

Nabi ﷺ suka memberi makan anak yatim.

Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN.

Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR.

Nabi ﷺ bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca do'a bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN.

Jangan kedekut berkongsi makanan.

Nabi ﷺ suka makan-makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKA'AT SEBELUM ZOHOR.

Sholat 4 raka'at setelah gelincir matahari sebelum zohor.

Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR.

Nabi ﷺ beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN.

Jangan mencaci makanan.

Jika suka, makanlah, jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU.

Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS.

Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam.

Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS.

Rasulullah ﷺ melarang meniup makanan panas.

Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM.

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL.

Nabi ﷺ menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15hb Hijrah), sholat Dhuha dan sholat sunah Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP.

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK.

Miswak dipegang dalam keada'an jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKA'AT SEBELUM SUBUH.

Dua raka'at sunah sebelum sholat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

DIBALIK SUNNAH ADA KEJAYAAN.

Semoga kita semua dipermudah kan mengamalkan sunnah Rasulullah ﷺ dan

Mendapat ampunan segala dosa dan kesalahan lahir batin seumur hidup, mendapat rahmat yang luas, selamat dunia akhirat, mati beriman sempurna, segala hajat qobul,

terkumpul dalam surga bighoiri hisab.

ﺍَﻣِﻴﻦ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Fb. Qalam Ilmu ✍️

Sumber FB : Qalam Ilmu

13 Februari 2022 pada 20.18

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Amalan Sunnah Rasulullah SAW - Kajian Ulama". Semoga Allah senantiasa memberikan hidayah dan Taufiq Nya untuk kita semua. aamiin. by Kajian Ulama Aswaja ®