Biodata Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam

Biodata Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam

BIODATA RASULULLAH Shalallahu 'Alaihi Wa sallam

πŸ–Œ Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.

πŸ–Œ Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi,

(dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)

πŸ–Œ Tempat lahir : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.

πŸ–Œ Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.

πŸ–Œ Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.

πŸ–Œ Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).

πŸ–Œ Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

πŸ–Œ Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

πŸ’“ Peristiwa pembelahan dada Rasulullah Shalallahu'Alaihi Wa Sallam yang dilakukan oleh dua malaikat

ROSULALLAH MUHAMMAD SHOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM Manusia suci tanpa cela dan noda dibelah dadanya untuk menambah kesucian di dalam hatinya...

USIA 6 TAHUN

πŸ’“ Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '

(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda diasuh oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam)

dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.

USIA 8 TAHUN

πŸ’“ Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia.

Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

πŸ’“Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

πŸ’“Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang

pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

πŸ’“Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan

berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

πŸ’“Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

πŸ’“Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

πŸ’“Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

πŸ’“Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

πŸ’“Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

πŸ’“Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.

πŸ’“Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

πŸ’“Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

πŸ’“Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

πŸ’“Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.

πŸ’“Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

πŸ’“Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SHALALLAHU'ALAIHI WASALLAM

πŸ’š Khadijah Binti Khuwailid.

πŸ’š Saudah Binti Zam'ah.

πŸ’š Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).

πŸ’š Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).

πŸ’š Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

πŸ’š Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

πŸ’š Zainab Binti Jahsy.

πŸ’š Maimunah Binti Harith.

πŸ’š Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

πŸ’š Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.πŸ’œ Qasim

2.πŸ’œ Abdullah

3.πŸ’œ Ibrahim

4.πŸ’œ Zainab

5.πŸ’œ Ruqaiyah

6.πŸ’œ Ummi Kalthum

7.πŸ’œ Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

πŸ’™ Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SHALALLAHU'ALAIHI WASALLAM

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah → Hamzah

2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SHALALLAHU'ALAIHI WASALLAM

( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB)

1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah

5. Al-Abbas

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka'bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)

Ktrgn: masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa sallam:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku

Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga"

(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„Ω‰ ΩˆΨ³Ω„Ω… ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„Ω‡ ΩˆΨ§Ψ΅Ψ­Ψ§Ψ¨Ω‡ ΩˆΨ³Ω„Ω…

Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wa sallam - Manusia agung

KENALI NABI MUHAMMAD SHALALLAHU'ALAIHI WASALLAM SECARA LAHIRIAH

πŸ’“Begitu indahnya sifat fisikal / jasmani Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

πŸ’ž Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah Shalallahu'Alaihi Wa

πŸ’ž Aku melihat cahaya dari lidahnya.

πŸ’ž Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

πŸ’ž Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

πŸ’ž Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

πŸ’ž Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

πŸ’ž Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

πŸ’ž Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

πŸ’ž Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

πŸ’ž Wajahnya seperti bulan purnama.

πŸ’ž Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

πŸ’ž Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

πŸ’ž Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

πŸ’ž Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

πŸ’ž Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

πŸ’ž Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

πŸ’ž Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

πŸ’ž Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

πŸ’žJanggutnya penuh dan tebal menawan.

πŸ’ž Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

πŸ’ž Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

πŸ’ž Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

πŸ’ž Rambutnya sedikit ikal.

πŸ’ž Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

πŸ’ž Rambutnya terbelah di tengah.

πŸ’ž Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur

dari dada ke pusat.

πŸ’ž Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

πŸ’ž Seimbang antara kedua bahunya.

πŸ’ž Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar

dan tersusun dgn cantik.

πŸ’ž Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

πŸ’ž Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

πŸ’ž Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

πŸ’ž Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

πŸ’ž Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

πŸ’ž Warna putihnya lebih banyak.

πŸ’ž Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

πŸ’ž Warna kulitnya putih tapi sehat.

πŸ’ž Kulitnya putih lagi bercahaya.

πŸ’ž Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.

πŸ’ž Badannya tidak gemuk.

πŸ’ž Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.

πŸ’ž Perutnya tidak buncit.

πŸ’ž Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai

baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad Shalallahu'Alaihi Wa sallam adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

ROSULULLOH MUHAMMAD SAW adalah makhluk Allah paling mulia

Wallahu 'alam

Sumber FB Ustadz : Fathoni Muhammad

11 Januari 2022 pada 15.28  · 

©Terima kasih telah membaca kajian ulama ahlussunnah dengan judul "Biodata Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam - Kajian Ulama". Semoga Allah senantiasa memberikan hidayah dan Taufiq Nya untuk kita semua. aamiin. by Kajian Ulama Aswaja ®