20 Peristiwa Penting Islam Di Bulan Muharam
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Keutamaan Muharam
Muharam juga memiliki banyak keutamaan. Salah satunya adalah sebagaimana sabda Rasulullah saw.
“Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Muharam, sedang solat yang paling afdal sesudah salat fardu adalah salat malam.” (HR Muslim).
Puasa pada bulan Muharam yang sangat dianjurkan adalah pada hari yang kesepuluh, yaitu yang lebih dikenal dengan istilah ‘aasyuura.
Saidatina Aisyah–semoga Allah meridainya : pernah ditanya tentang puasa ‘aasyuura, ia menjawab,
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw. puasa pada suatu hari yang beliau betul-betul mengharapkan fadilah pada hari itu atas hari-hari lainnya, kecuali puasa pada hari kesepuluh Muharam.” (HR Muslim).
Rasulullah saw mendatangi kota Madinah, lalu didapatinya orang-orang Yahudi berpuasa di hari ‘Asyura. Maka baginda pun bertanya kepada mereka, “Hari apakah ini, hingga kalian berpuasa?” mereka menjawab, “Hari ini adalah hari yang agung, hari ketika Allah memenangkan Musa dan Kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun serta kaumnya. Kerana itu, Musa puasa setiap hari itu untuk menyatakan syukur, maka kami pun melakukannya.” Maka Rasulullah saw bersabda, “Kami lebih berhak dan lebih pantas untuk memuliakan Musa daripada kalian.” kemudian baginda pun berpuasa dan memerintahkan kaum puasa di hari itu. (Hadis Riwayat Bukhari no. 3145, 3649, 4368 dan Muslim no. 1130)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata; Rasulullah saw pernah ditanya mengenai puasa pada hari ‘Asyura`, baginda menjawab: “Ia akan menghapus dosa-dosa sepanjang tahun yang telah berlalu.” (Hadis Riwayat Muslim no. 1162)
Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata; Rasulullah saw bersabda:
“Seandainya tahun depan aku masih hidup, niscaya aku benar-benar akan berpuasa pada hari ke sembilan (Muharram).” (Hadis Riwayat Muslim no. 1134)
Hadis Abu Hurairah di atas menunjukkan bahawa puasa muharram merupakan puasa sunah yang terbaik dan terutama, dan keutamaannya adalah AllahSWT akan mengampuni semua dosa setahun yang lalu. Hanya saja yang dimaksud dengan semua dosa di sini hanyalah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa besar tidak akan diampuni oleh Allah SWT kecuali dengan taubat dan rahmat dari Allah SWT.
Mohon doa dan dukungan nya untuk subcribe&like chanel youtube kami,semoga menjadi sedekah anda dan kita semua.aamiin
https://www.youtube.com/channel/UCTYmfA5jXfWp74wkzdIkQOA
Sumber FB : Pena Aswaja
12 Agustus 2021